Sambungan...
Fasal: Tidak boleh membaca AL Quran
dengan selain bahasa Arab tidak kira samaada ia mahir membaca Arab atau tidak
mahir membacanya. Juga samaada di dalam solat atau lainnya.
Maka sekiranya ia
membacanya juga di dalam solat, tidak sah solatnya. Inilah pendapat kita (Mazhab
Asy Syafie), Malik, Ahmad, Daud dan Abi Bakr Ibn Al Munzir.
Berkata Abu
Hanifah: Harus membacanya
dan sah solatnya.
Kata Abu Yusuf
dan Muhammad: Harus bagi
sesiapa yang tidak mahir membacanya di dalam bahasa Arab, tetapi tidak harus
bagi yang mahir membacanya dalam bahasa Arab.
***
Fasal: Harus membaca Al Quran dengan Qiraat
Tujuh yang disepakati bacaan itu. Tidak diharuskan dengan selain Qiraat Tujuh.
Tidak pula dibolehkan dengan riwayat syadz (sekalipun) yang dinukilkan daripada
Imam Qiraat yang Tujuh.
Nanti akan
disebutkan –insyaAllah ta’ala- di dalam bab yang ke tujuh yang menerangkan
kesepakatan para fuqaha tentang disuruh bertaubatnya orang yang membaca dengan
qiraat Syadz apabila ia membacanya.
Berkata para
Ashaab kita dan selain mereka:
Sekiranya
seseorang itu membaca dengan Qiraat Syadz di dalam solat, nescaya batal
solatnya jika dia mengetahui (bahawa tidak boleh membaca dengan qiraat
Syadz). Sekiranya ia tidak tahu, maka tidak batal solatnya, tetapi bacaannya
itu tidak dikira.
Sesungguhnya Imam
Abu Umar Ibn Abdil Barr Al Hafizh telah menukilkan ijmak kaum muslimin
bahawa tidak harusnya membaca dengan qiraat syadz serta tidak dibolehkan
bersolat dibelakang orang yang membacanya (di dalam solat).
Berkata para
ulama:
Barangsiapa yang
membaca dengan qiraat Syadz, sekiranya ia tidak tahu (bahawa yang dibacanya
itu qiraat syadz) atau tidak mengetahui hukum haram membacanya, maka
hendaklah dia dimaklumkan akan hal tersebut.
Sekiranya ia
tetap kembali membacanya, atau ia sememangnya mengetahui, maka hendaklah ia dita’zir
dengan hukuman yang berat sehinggalah ia meninggalkan perbuatan tersebut.
Menjadi satu
kewajipan kepada sesiapa yang boleh mengingkari dan menegahnya untuk
mengingkari dan menegah daripada perbuatan itu.
***
Mencampur Aduk
Antara Qiraat
-pent
Fasal: Apabila ia memulakan dengan bacaan
seseorang Qurra’ (Imam Qiraat), maka hendaklah ia meneruskan bacaan dengan
Qiraat tersebut selama mana perkaitan antara ayat-ayat tersebut masih belum
tamat.
Apabila susunan
kalam ayat tersebut telah tamat, maka bolehlah jika ia hendak membaca dengan
qiraat yang lain pula daripada qiraat yang tujuh itu. Namun yang lebih Aula
(utama) adalah meneruskan bacaan dengan Qiraat yang awal tadi di dalam
satu-satu majlis.
Membaca
Mengikut Tertib Mushaf-pent.
Fasal: Berkata para ulama: Yang lebih
utama adalah membaca mengikut tertib susunan Mushaf. Iaiatu dengan dibaca
Al Fatihah, kemudian Al Baqarah, kemudian Aali Imran, seterusnya surah-surah
yang mengikutinya mengikut susunan. Sama saja jika ia membaca di dalam solat
atau lainnya.
Sehingga berkata
sebahagian Ashaab kita:
Jika seseorang membaca di dalam rakaat pertama
surah: Qul a’udzu bu Rabbin Naas (Surah An Naas), maka hendaklah ia
membaca di dalam rakaat kedua selepas Fatihah dengan sebahagian Surah Al
Baqarah.
Berkata
sebahagian Ashaab kita:
Disunatkan apabila membaca suatu
surah untuk membaca surah yang mengiringi surah tersebut.
Dalil bagi
perkara ini adalah bahawa:-
Tertib (susunan)
Mushaf ditentukan sedemikian ini kerana suatu hikmah yang tersendiri. Maka
hendaklah memelihara tertib itu melainkan apa yang telah datang pada syarak
akan pengecualiannya.
Contohnya pada
solat Subuh Hari Jumaat dibaca pada rakaat pertama Surah As
Sajdah dan pada rakaat kedua Hal Ata ’alal Al Insaan.
Solat Hari
Raya pada rakaat
pertama surah Qaaf, dan rakaat kedua Iqtarabatis Sa’ah (Al
Qamar).
Bersambung...
No comments:
Post a Comment