Background photo di atas saya ambil daripada facebook seorang teman. Ia adalah hakmilik Hairul Anuar Photography & Design (Klik).

Thursday, May 24, 2012

ADAB HAMALATIL QURAN - SIRI 16

Sambungan.


FASAL: PERINTAH UNTUK MENJAGA HAFALAN SERTA AMARAN DARI BERPALING DARI AL QURAN SEHINGGA MENGAKIBATKAN LUPA.

Telah tsabit dari Abi Musa al Asy’aari ra sabda Nabi SAW: 
”Bersungguh-sungguhlah menjaga (hafalan) Al Quran ini! Demi yang jiwa Muhammad di tanganNya, ia lebih cepat menghilangnya berbanding unta yang terlepas dari ikatannya!” 
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Ibn Umar ra sabda Nabi SAW
“Perumpamaan orang yang menghafal Al Quran itu adalah seperti unta yang ditambat.jika ia menjaganya ia akan jinak di dalam jagaan, sebaliknya jika ia mengabaikannya ia akan lari dan menghilang”
Bukhari dan Muslim.

Daripada Anas bin Malik ra sabda Nabi SAW:  
“Aku ditunjukkan pahala umatku sehingga (sekecil) pahala seorang lelaki yang membuang kotoran daripada masjid. Dan ditunjukkan juga kepadaku dosa umatku, maka aku tidak melihat dosa yang lebih besar seperti dosa seorang yang diurniakan satu surah atau satu ayat daripada Al Quran lantas ia melupakannya”. 
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan At Tirmizi, hadis ini dipertikaikan (sanadnya).

Daripada Saad bin ‘Ubadah ra sabda Nabi SAW:  
“Sesiapa yang membaca Al Quran kemudian melupakannya maka ia akan bertemu Allah pada hari kiamat dalam keadaan berpenyakit kusta”. 
Riwayat Abu Dawud dan At Tirmizi.


Fasal: Daripada Umar al Khattab ra, sabda Nabi SAW:  
“Sesiapa yang tertidur daripada bacaannya atau sebahagian yang biasa dilakukannya pada malam hari, lalu ia membacanya di antara solat Fajar dan solat Zohor, akan dicatatkan baginya sepertimana ia telah membacanya di malam hari”.
  Diriwayatkan oleh Muslim.

Daripada Sulaiman bin Yassar ra katanya, Abu Usaid ra berkata:  
“Aku tertidur sebentar daripada wiridku (wirid di sini bererti bacaan yang menjadi kebiasaan -pent)  sehingga ke waktu subuh. Apabila subuh menjelma aku (merasa kesal) dan mengucapkan istirja’ (inna lillah wa inna ilaihi raaji’uun). Wiridku pada setiap malam adalah surah Al Baqarah. Maka aku telah melihat di dalam mimpiku seolah-olah seekor lembu sedang menanduk-nandukku” (pada malam terlepas wirid itu). 
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Dawud.

Ibn Abid Dunya meriwayatkan daripada sebahagian Huffaz Al Quran:-
Bahawa ia telah tertidur pada satu malam tanpa membaca Al Quran seperti biasanya lalu ia bermimpi seorang mendatanginya lalu berkata:
“Aku merasa hairan melihatkan seorang pemuda yang sihat dan kuat tubuhnya, 
namun tidur lena sehingga fajar menjelma,
sedangkan maut sentiasa mengintai-ngintainya,
dalam kegelapan malam tatkala ia menyelubunginya”.

Bersambung..

No comments: