Sambungan..
Fasal: Tentang
Menangis Ketika Membaca Al Quran.
Telah berlalu dua
fasal sebelum ini yang menerangkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan
tangisan ketika membaca Al Quran, dan ia (menangis ketika membaca Al Quran
itu) adalah sifat orang-orang yang ’Arifin (orang yang tinggi ma’rifatnya
kepada Allah), juga petanda para hamba Allah yang soleh-soleh.
Firman Allah
Ta’ala:
”Lalu mereka
menyungkur sujud di atas pipi-pipi mereka sambil menangis dan semakin bertambahlah
rasa khusyuk mereka.” (Al
Isra’, 109)
*khusyuk di
sini bermaksud takutkan Allah, gerun dengan murkaNya sambil mengharap
rahmatNya.-pent.
Telah ada
tersebut di dalam banyak hadith dan atsar para salaf mengenai menangis ketika
membaca Al Quran itu.
Diantaranya
adalah:
Daripada
Rasulillah SAW:
”Bacalah Al
Quran dan menangislah. Sekiranya kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah
untuk menangis (paksa diri menangis).”
Daripada Umar bin
Al Khattab r.a: Bahawa beliau pernah mengimami solat subuh dan membaca Surah
Yusuf. Lalu beliau menangis sehingga meleleh airmatanya sampai ke bawah dagu
beliau.
Dalam satu
riwayat menyatakan pada solat Isyak.Maka ia menunjukkan kepada sering kalinya
berlaku hal itu daripada beliau.
Dalam satu
riwayat diceritakan:
”Maka beliau
menangis sehingga tangisannya itu dapat didengari oleh mereka yang berada di
saf-saf belakang.”
Daripada Abi
Raja’ katanya:
”Aku melihat
Ibnu Abbas dan kulihat di bawah kedua matanya terdapat seperti tali sandal yang
lusuh, disebabkan oleh airmata beliau.”
*maksudnya
ialah pada bahagian pipi di bawah mata Ibnu Abbas terdapat jalur kehitaman yang
diumpamakan keadaannya seakan-akan tali sandal akibat seringnya beliau menangis
ketika membaca Al Quran sehingga membekas sedemikian.-pent.
Daripada Abi
Soleh menceritakan: Sebahagian daripada penduduk Yaman telah datang menemui Abu
Bakr As Siddiq r.a. Mereka lalu membaca Al Quran dan kemudiannya menangis. Abu
Bakr lantas berkata:
”Demikianlah
keadaan kami dahulunya (semasa mula-mula mendengar bacaan Al Quran).”
Daripada Hisyam
pula beliau berkata:
”Aku sering
mendengar tangisan Muhammad bin Sirin pada waktu malam sewaktu beliau sedang
bersolat.”
Atsar-atsar
berkenaan perkara ini banyak sekali yang mana tidak memungkinkan untuk
menghitungnya. Maka pada apa yang telah kami tunjukkan dan kami ingatkan itu
rasanya sudah mencukupi. Wallahu a’lam.
Berkata Imam
Abu Hamid Al Ghazali rahimahullah:
”Tangisan itu
disunatkan bersama bacaan Al Quran dan ketika membacanya.”
Beliau
menyambung lagi:
”Jalan untuk
menghasilkannya adalah dengan seseorang itu menghadirkan kesedihan pada
hatinya. Iaitu dengan dia membayang-bayangkan apa-apa yang terkandung di dalam
ayat itu berupa amaran dan ancaman yang dahsyat serta perjanjian, pesanan dan
amanah yang (ditanggungkan Allah kepadanya). Kemudian hendaklah dia itu
membayangkan kekurangan-kekurangan serta kelemahannya dalam melaksanakannya.
Sekiranya hal
itu masih juga tidak menghadirkan kesedihan dan tangisan sepertimana yang
berlaku kepada para Khawwas (yakni para wali dan orang soleh), maka amat patutlah
dia menangis disebabkan hilangnya keistimewaan itu daripada dirinya (akibat
kekerasan hatinya) kerana hal itu adalah merupakan sebesar-besar musibah!”
***
Bersambung...
No comments:
Post a Comment