Background photo di atas saya ambil daripada facebook seorang teman. Ia adalah hakmilik Hairul Anuar Photography & Design (Klik).

Sunday, May 20, 2012

ADAB HAMALATIL QURAN - SIRI 14

Sambungan..


WAKTU MEMULAKAN BACAAN DAN MENGKHATAMKAN.


Bagi yang mengkhatamkan seminggu sekali, Abu Dawud telah meriwayatkan bahawa Uthman bin Affan memulakan pada malam Jumaat dan mengkhatamkannya pada malam Khamis.

Al Imam Al Ghazali ra menyebutkan di dalam Ihya’nya: ”Yang terbaik adalah mengkhatamkan sekali pada waktu malam, dan sekali yang lain pada waktu siang. Iaitu dengan menjadikan khatam yang siang itu pada hari Isnin di dalam dua rakaat Fajar atau selepasnya dan menjadikan khatam yang malam itu pada malam Jumaat di dalam dua rakaat solat Maghrib atau selepasnya.

Ibn Abi Dawud meriwayatkan daripada Umar bin Murrah seorang Tabi’en katanya: ”Mereka (para sahabat) menyukai untuk mengkhatamkan Al Quran pada awal malam atau awal siang”.

Daripada Talhah bin Musharrif seorang Tabi’en menyatakan: ”Sesiapa yang mengkhatamkan Al Quran pada waktu siang, malaikat akan berselawat kepadanya sehingga petang. Sesiapa yang mengkhatamkan pada waktu malam, malaikat akan berselawat kepadanya sehingga Subuh”. Mujahid juga meriwayatkan hal yang sama.

Ad Daarimi meriwayatkan di dalam Musnadnya, dengan sanad daripada Saad bin Abi Waqqas ra: ”Jika seseorang mengkhatamkan Al Quran bertepatan awal malam, malaikat akan berselawat sehingga Subuh. Jika bertepatan dengan akhir malam, malaikat akan berselawat kepadanya sehingga petang”. Kata Ad Daarimi: ”Riwayat ini hasan dari Saad”.

Daripada Habib bin Abi Tsabit seorang tabi’en: bahawa dia mengkhatamkan Al Quran sebelum ruku’.

Ibn Abi Dawud berkata: Imam Ahmad bin Hanbal juga mengatakan yang serupa. Di dalam fasal ini ada penerangan yang akan disambung dalam bab yang akan datang.

Bersambung..

No comments: