Sambungan..
Dan Dua rakaat solat Sunat Fajar pada
rakaat pertama Surah Qul Ya Ayyuhal Kaafiruun (Al-Kaafirun) dan
pada rakaat kedua Surah Qul HuwaLLAHu Ahad (Al-Ikhlash).
Dan beberapa
rakaat Witir, pada rakaat pertama Surah Sabbihisma Rabbikal
A’la (Al-A’la), pada rakaat kedua Surah Qul ya Ayyuhal Kafiruun
(Al-Kafirun), dan rakaat ketiga dengan Al-Mu’awwizatain (yakni
surah Al-Falaq dan Surah An-Naas).
Sekiranya
seseorang membaca tanpa mengikut turutan, lalu membaca surah yang tidak datang
selepas surah pertama (contohnya pada rakaat pertama membaca Surah Ad-Dhuha dan
turutan surah selepas Surah Ad-Dhuha adalah Surah Al-Insyirah, tetapi si fulan
membaca pada rakaat kedua dengan surah2 lain seumpama Surah Al-Kautsar).
Atau ia membaca
menyalahi tertib lalu dia membaca satu surah (Al-Insyirah contohnya), kemudian
di membaca surah sebelumnya (Ad-Dhuha atau surah2 sebelumnya sebagai contoh),
maka ianya harus (dan memadai solatnya).
Sesungguhnya
telah tersebut atsar yang banyak berkenaan hal sebegitu (yakni bolehnya
membaca Al-Quran dengan tidak menuruti susunan mushaf di dalam solat).
Sayyidina Umar
Al-Khattab telah membaca Surah Al-Kahfi pada rakaat pertama Solat Subuh dan
Surah Yusuf pada rakaat kedua. (sekadar satu contoh)
Sesungguhnya
sekumpulan ulama tidak menyukai (memakruhkan) membaca dengan menyalahi tertib
mushaf (di dalam solat).
Ibn Abi Dawud
telah meriwayatkan daripada Al-Hasan (Al-Basri) bahawa beliau tidak menyukai
pembacaan yang menyalahi tertib mushaf.
Dan dengan
sanadnya yang sahih daripada Abdillah ibn Mas’ud bahawa telah dikatakan kepada
beliau; ”Sesungguhnya ada seorang fulan telah membaca Al-Quran secara
terbalik (menyalahi susunan mushaf).” Maka jawab beliau; ”Orang itu
terbalik hatinya”.
Adapun membaca
sesuatu Surah daripada akhirnya kepada awalnya (membaca secara songsang) maka ia adalah
ditegah dengan sekeras-kerasnya. Disebabkan sesungguhnya ia menghilangkan
sebahagian bentuk I’jaz (kemukjizatan Al-Quran) dan melenyapkan hikmah susunan
ayat-ayat (Al-Quran).
Sesungguhnya Ibn
Abi Dawud telah meriwayatkan daripada Ibrahim An-Nakha’ie, iaitu seorang Imam
Tabi’ien yang mulia, serta daripada Imam Malik bin Anas, bahawa mereka berdua
membenci hal tersebut. Bahkan Imam Malik menjelekkan perbuatan itu. Kata
beliau; ”Ini satu hal yang dahsyat! (benar2 mencengangkan!)” (maksudnya
seolah2 merasa takjub bagaimana ada orang yang begitu berani membaca Al-Quran
dengan cara sebegitu).
Adapun
mengajar kanak-kanak membaca
Al-Quran bermula daripada akhir mushaf terus kepada permulaannya, maka
ia adalah suatu hal yang baik dan bukan termasuk di dalam bab (yang sedang
dibahaskan) ini. (Seperti susunan Muqaddam yang bermula daripada surah An-Naas
sehingga An-Naba).
Kerana
sesungguhnya ianya adalah pembacaan yang terpisah-pisah, pada hari yang
berbeza-beza. Juga bagi memudahkan untuk mereka menghafal (Al-Quran itu).
Wallahu A’lam.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment