Background photo di atas saya ambil daripada facebook seorang teman. Ia adalah hakmilik Hairul Anuar Photography & Design (Klik).

Tuesday, November 9, 2010

SIFRUSSA'ADAH- TAYAMMUM

FASAL: KAIFIYYAH (CARA-CARA) TAYAMMUM


Setiap kali bertayammum, Baginda SAW akan menepuk satu kali tepukan dengan kedua telapak tangannya ke atas bumi (al-ardh) yang bersih, lalu menyapu dengan keduanya pada wajah dan belakang kedua-dua telapak tangannya.

Tidak diriwayatkan di dalam hadith yang sohih bahawa Baginda SAW menepuk dua kali tepuk ke atas tanah. Dan juga tidak diriwayatkan bahawa Baginda menyapu sehingga kedua-dua sikunya. Dan setiap hadith yang diriwayatkan menyalahi/berbeza dengan apa yang kami nyatakan itu; maka kesemuanya adalah dhoif.

Baginda SAW bertayammum dengan bumi (al-ardh) yang ditunaikan solat di atasnya dengan tidak membezakan samada ianya tanah, pasir atau selainnya (bagi mazhab Asy-Syafi’e, hanya debu tanah yang suci).

Sabdanya SAW: “di mana sahaja salah seorang lelaki daripada ummatku didapatkan waktu solat (mendapati waktu solat telah masuk), maka di situlah masjidnya dan bahan bersucinya”; Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa jenis apapun bumi itu adalah suci (boleh digunakan untuk bersuci).

Dan kami (pengarang) tidakmendapatkan di dalam hadis yang sahih bahawa Baginda SAW bertayammum bagi setiap kali sembahyang fardhu dengan tayammum yang baru,.

Bahkan perintahnya untuk bertayammum tersebut adalah mutlak (iaitu tiada tambahan perintah bahwa satu tayammum hanya sah untuk satu solat fardhu sahaja), dan tayammum itu menempati tempat wudhu (iaitu oleh kerana tayammum adalah ganti kepada wudhu, maka hukum-hakam wudhu juga berlaku kepada tayammum dari segi perkara yang membatalkannya dan lain-lainnya)

Tamat.

# Untuk tambahan pemahaman sila klik di sini.

[Akan menyusul Bab Solat insyaAllah..]


-alfindani-

11.57 mlm,Selasa mlm Rabu

2 Zulhijjah 1431/9 Nov 2010, MTK

4 comments:

Ibnu Mutalib said...

Kitab ni bukan mazhab syafie kan?

alfindani said...

Kitab ni menerangkan petunjuk Nabi SAW. Ia tidak menjurus kepada mazhab tertentu. Hujjah yang LEBIH KUAT itu tidak selalunya berada bersama mazhab tertentu sahaja. Nanti kita akan dapati disebutkan, segolongan ulama berpandangan begini, dan segolongan ulama berpendapat sebaliknya. Lalu berdasarkan dalil yang dikemukakan kita akan menyaksikan pendapat manakah lebih kukuh dalilnya. Bahkan pendapat pendapat yang dipilih oleh pengarang kitab ini (berdasarkan kitab asalnya Zaadul Ma'aad) juga tidak terlepas daripada dilemahkan dalilnya oleh pentahqiq (peneliti) kitab tersebut.Dan ini adalah sesuatu yang biasa bagi sesiapa yang mempelajari ilmu fiqh.

Jika kita mempelajari fiqh mazhab Asy-Syafie sendiri pun contohnya, maka kita akan dapati pendapat yang berbeza-beza daripada Imam-Imam Mujtahid Mazhab seumpama Ashaab yang tujuh, Imam Ar-rRamli, Ar-Rifai'e, An-Nawawi dll rahimahumuLLAH.

Walhasil, mempelajari petunjuk Nabi SAW akan memperluaskan cakerawala pemikiran kita dan menjadikan kita lebih terbuka tanpa fanatik serta lebih menghargai jerih payah seluruh para ulama yang berusaha mencari, mempelajari, mengamalkan, memilih yang sahih dari yang dhoif, menggali pemahaman di sebalik hujjah, lalu mengistinbat hukum dan mengajar dan mengarang sehingga sampai kepada kita..

Ibnu Mutalib said...

owh,masyaAllah penerangan yang cukup baik.

tentang tayyamum ana share di facebook, munasib ke?

alfindani said...

Boleh je.. silakan..