Sambungan..
Fasal: Membaca dari mushaf dan membaca dari
hafalan.
Membaca dengan
melihat mushaf itu lebih afdhal dari membaca terus daripada hafalan. Kerana
melihat mushaf itu sendiri adalah suatu ibadah yang dituntut. Maka dengan itu
terhimpunlah antara (ibadah) pembacaan dan (ibadah) penglihatan.
Inilah apa yang
telah disebutkan oleh Al-Qadhi Husain daripada ulama mazhab kita, serta Imam
Abu Hamid Al-Ghazali dan beberapa golongan daripada Salaf.
Imam Al-Ghazali
telah menukilkan di dalam Ihya’ bahawa ramai daripada para Sahabat radhiyallahu
’anhum, mereka itu membaca dengan melihat Mushaf. Bahkan mereka tidak suka jika
berlalu satu hari tanpa mereka melihat kepada mushaf.
Ibn Abi Dawud
juga telah meriwayatkan tentang pembacaan dengan melihat mushaf daripada ramai
para Salaf. Dan aku sendiri (Imam An-Nawawi) tidak melihat ada khilaf dalam hal
tersebut.
Sekiranya
dikatakan: Hal itu
berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Iaitu dipilihkan membaca
secara melihat mushaf itu bagi sesiapa yang sama keadaan khusyu’ dan
tadabburnya jika ia membaca melalui mushaf atau hafalannya.
Dan dipilihkan
membaca secara hafalan bagi seseorang yang lebih sempurna khusyu’ dan
tadabburnya jika ia membaca dalam keadaan tersebut (berbanding membaca dengan
melihat mushaf) dan akan bertambah khusyu’ dan tadabburnya jika ia membaca
dengan melihat mushaf.
Pasti (kita
katakan) ini adalah pendapat yang baik.
Nyatanya
adalah bahawa perkataan dan perbuatan para Salaf itu bolehlah difahami seperti
penjelasan (pendapat) ini.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment